Monday, 29 April 2013

KELUARAN PRODUK AL HABIB




JENIS-JENIS PRODUK TEH


         





PERIA

Peria atau nama sainsnya Momordica charantia adalah sejenis sayuran yang pahit rasanya. Di pasar-pasar kita biasanya dapat melihat dua jenis peria. Ada yang panjang dengan warna hijau muda dan ada yang kecil saiznya atau digelar ‘peria katak’ yang mempunyai warna hijau tua. Pokok peria mudah didapati di negara-negara beriklim panas dan khatulistiwa seperti India, Indonesia, Sri Lanka, Malaysia dan Filipina.
Pokok peria biasanya tumbuh menjalar seperi pokok timun. Jika diperhatikan sepintas lalu, ia seakan-akan serupa tetapi yang membezakan adalah daunnya dimana daun peria agak kecil berbanding timun.
Peria mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Setiap 100gm peria mengandungi
·      
               92.4 % lembab
·          protein 1.6 %
·          lemak 0.2 %
·          mineral 0.8 %
·         fiber 0.8 %
·         karbohidrat 4.2%

Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.

Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potang peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk

Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.

Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.

Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak. Di India, biji daripada buahnya yang telah di masak ranum pula di jadikan sebagai bahan perasa.

Khasiat Peria
 1. Haus karena panas dalaman, demam, heat stroke (pengsan kerana kepanasan):
 2. Diabetes / Kencing Manis:
 3. penyakit darah dan cirit birit
 4. cirit-birit:
 5. Jangkitan cacing pada kanak-kanak:
 6. Menyuburkan rambut yang nipis dan kemerahan:
 7. Bisul, Bengkak Bernanah (Abses):
 8. Demam, malaria, sakit berkaitan hati, sembelit, jangkitan cacing
 9. Kencing bernanah:


PEGAGA
Pegaga atau juga dikenali sebagai antanan (bahasa Inggeris: pennywort / gotu kola), dengan daun hijau bentuk ginjal juga dirujuk sebagai 'Indian pennywort' kerana rupanya yang seakan satu keping duit syiling. Ia adalah asli di Malaysia, Sri Lanka, India, utara Australia, Indonesia, Iran, Melanesia, New Guinea dan beberapa bahagian Asia lagi. Nama saintifiknya adalah Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica
Pokok pegaga terkenal di kebanyakan negara di Asia, khususnya Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai "Wira Ajaib Hutan Hujan Tropika".
Ia mudah mengadaptasi dengan persekitaran yang luas, lapang, panas dan lembab. Pokok ulam pegaga ini boleh ditemui dari Iran di bahagian barat sehinggakan di Australia di bahagian timur. Ia juga kadang-kala dijumpai di Afrika Timur dan Timur Madagaskar.
Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput biasa, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada ialah daun kaki kuda, tikusan, pani gowang, pegagan.
Saiz diameter daun pegaga sebenarnya kecil sebesar perut ibu jari tangan. Daunnya seperti semanggi tidak menarik perhatian, dan ia selalu dianggap tumbuhan penyibuk seperti rumput-rumput kecil oleh kebanyakan orang. Namun hakikatnya, daun pegaga inilah mempunyai banyak khasiat yang amat menakjubkan. Daun pegaga boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sup, namun rasanya sedikit pahit. Daun pegaga mempunyai nilai kualiti yang memberikan kesan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan.
Pegaga disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang terpenting untuk dipulihara dan ditanam.

KHASIAT
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. [perlu rujukan] Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.

Antara khasiat lain
·         penawar alahan
·         merawat asthma
·         sesak nafas
·         merawat jangkitan paru-paru
·         merawat kegusaran dan kegigilan
·         anti kanser
·         melawaskan air kencing berdarah
·         merawat cirit-birit dan gastrik
·         menurunkan tekanan darah


Pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan Cina.
Lebih lagi, pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu dirujuk sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda.


Misai Kucing dari keluarga Lamiaceae / Labiatae 

Nama Lain:  Remujung (Jawa), Songot Koceng (Madura), Remukjung, kumis ucing (Sunda), Orthosiphon stameneus benth, sinonim orthosiphon aristatus,Orthosiphon blaetter, (Latin),  Cat whiskers, javaten, India kidney tea (Inggris), balbas-pusa, kablinggubat (Tagalog), Mao xucao (Cina). Indisher Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea danYoaNuat Moeo.

Kegunaan: Ubatan, kadang kala digunakan sebagai penghias pekarangan rumah dan taman.

Bahagian kegunaan herba:  Daun dan keseluruhan bahagian tanaman
Kesan herba:      Misai kucing membantu pengeluaran cairan melalui air seni (diuretic), diuretiknya (peluruh bendalir) yang selamat tanpa menjejaskan ginjal (buah pinggang), anti-radang, menghancurkan batu disaluran kencing, meredakan kepanasan dalaman. Tidak seperti kebanyakan ubatan-ubatan diuretik moden (diuretic drugs) yang memberi kesan sampingan kepada ginjal, ia mengandungi potassium yang mencukupi untuk menggantikan yang hilang dari tubuh semasa proses diuretik. DaunMisai Kucing telah lama digunakan sebagai herba diuretik yang selamat dan berkesan. Diuretik bermakna proses membuang air dari dalam badan.


 Penerangan:     Orang Melayu telah lama mengetahui misai kucing sebagai perawat penyakit gangguan ginjal, batu ginjal, ngilu sendi dan kencing berdarah. Di Eropa, misai kucing telah lama digunakan semenjak abad ke 19 sebagai ubat lawas kencing.  Misai kucing dipercayai membantu mengeluarkan toksik dalam tubuh tanpa mendatangkan kesan dehidrasi, sekaligus mempelancarkan peranan ginjal.  Daun misai kucing mengandungi kalium dan glikosida orthosifonin yang berfaedah melarutkan asam urat, fosfat dan oksalat dari tubuh. Ia telah terkenal sejakturun temurun untuk merawat masalah buah pinggang dan masalah pundi kencing kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Selain dari itu, ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, arthritis, rheumatik dan mencegah pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan pada wanita.



Sabah Snake Grass / Daun Belalai Gajah


 Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass dikenali oleh kaum cina sebagai herba rawatan bagi buah pinggang. Dalam bahasa cina, dipanggil digelar “Shen Chao” kerana khasiatnya yang bantu membuang racun dari buah pinggang. Kerana itu juga, ada sebahagian masyarakat yang memanggil pokok herba ini sebagai pokok buah pinggang.  Daun Belalai Gajah juga banyak khasiat yang lain.

 Daun Belalai Gajah telah meluas digunakan di serata pelosok asia dalam perubatan tradisional. Di negara Thailand, Daun Belalai Gajah digunakan sebagai bahan ubat anti-inflamasi untuk merawat gigitan serangga beracun. Dalam beberapa kes dan kajian di Thailand,Daun Belalai Gajah juga banyak membantu dalam masalah jangkitan hati dan mengurangkan tindak balas bagi masalah alergi.

 Daun Belalai Gajah mengandungi klorofil yang tinggi. Klorofil adalah pigment hijau yang terdapat pada tumbuhan, suatu elemen yang membolehkan tumbuhan menyerap tenaga/energi dari sinaran matahari dalam proses fotosintesis. Kandungan klorofil dalam  Daun Belalai Gajah sangat membantu proses pembuangan toksid dalam tubuh. 

 Daun Belalai Gajah membantu mengurangkan kesakitan akibat keradangan kerana khasiat nya berupaya membekalkan nutrisi pada sel dan tisu badan. 

Perhatian kepada pesakit kanser dan pesakit yang menghadapai masalah ketumbuhan seperti fibroid. Pengambilan Daun Belalai Gajah secara sistematik setiap hari dan pada jumlah yang betul akan membantu meningkatkan kadar oksigen dalam badan, sekaligus menjadi bahan yang membantu menahan kesakitan dan mengurangkan keradangan pada bahagian berkanser atau denyutan di ketumbuhan. 

Daun Belalai Gajah yang tinggi klorofil juga memberi kebaikan sebagai anti-oksidan, agen pembuangan toksin yang sangat baik, menyuburkan tisu otot dan menguatkan tulang.


Kebaikan 
 Daun Belalai Gajah Pada :
>> Pesakit Kanser

>> Pesakit Masalah Ketumbuhan (Fibroid, Bengkak Kelenjar)
**untuk semua jenis penyakit KANSER

1. Membantu mengurangkan kesakitan dan memulihkan masalah keradangan
2. Membekalkan dan meningkatkan oksige dalam tubuh badan
3. Membantu memulihkan kerosakan sel akibat serangan kanser
4. Membantu mengecutkan ketumbuhan
5. Menyediakan tubuh pada keadaan untuk me-nyah atau membuang sel-sel mati kanser melalui                      
    perkumuhan
6. Menggalakkan pertumbuhan sel baru, terutama dalam kanser paru-paru,


Kebaikan Daun Belalai Gajah Pada :
>> Individu Sihat
>> Lelaki berusia 40 ke atas
>> Wanita berusia 45 ke atas
>> Warga Emas
>> Bekas Pesakit Kanser
>> Perokok
>> Peminum Alkohol/Arak
>> Pesakit Diabetes/Kencing Manis


1. Membantu masalah kolesterol dalam darah
2. Membantu meneutralkan URIC ACID dalam darah
3. Membantu masalah darah cair
4. Membantu masalah Hematoma
5. Melembutkan urat bagi masalah sendi terseliuh atau urat lari/salah urat

6. Agen yang baik bagi masalah rheumatism (masalah sendi)
7. Membantu mengurangkan masalah sembelit berdarah

8. Membantu menstabilkan paras gula dalam darah & terbaik untuk pesakit kencing manis
9. Membantu masalah senggugut pada wanita
10.Membantu masalah sakit kuning (jaundice)
11.Membantu mempercepatkan pemulihan tulang yang retak
12.Membantu mengurangkan kesakitan masalah komplikasi gigi (sakit gigi) & sebagai agen bunuh 
    kuman di mulut. Bancuh dan kumur sebagai amalan
13.Bertindak sebagai agen bunuh radikal bebas dalam darah
14.Mempunyai bahan anti-oksidan yang tinggi
15.Baik sebagai agen kecutkan ulcer mulut (sakit mata ikan)