Misai Kucing dari keluarga Lamiaceae / Labiatae
Nama Lain: Remujung (Jawa), Songot Koceng (Madura), Remukjung, kumis ucing (Sunda), Orthosiphon stameneus benth, sinonim orthosiphon aristatus,Orthosiphon blaetter, (Latin), Cat whiskers, javaten, India kidney tea (Inggris), balbas-pusa, kablinggubat (Tagalog), Mao xucao (Cina). Indisher Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea danYoaNuat Moeo.
Kegunaan: Ubatan, kadang kala digunakan sebagai penghias pekarangan rumah dan taman.
Bahagian kegunaan herba: Daun dan keseluruhan bahagian tanaman
Kesan herba: Misai kucing membantu pengeluaran cairan melalui air seni (diuretic), diuretiknya (peluruh bendalir) yang selamat tanpa menjejaskan ginjal (buah pinggang), anti-radang, menghancurkan batu disaluran kencing, meredakan kepanasan dalaman. Tidak seperti kebanyakan ubatan-ubatan diuretik moden (diuretic drugs) yang memberi kesan sampingan kepada ginjal, ia mengandungi potassium yang mencukupi untuk menggantikan yang hilang dari tubuh semasa proses diuretik. DaunMisai Kucing telah lama digunakan sebagai herba diuretik yang selamat dan berkesan. Diuretik bermakna proses membuang air dari dalam badan.
Penerangan: Orang Melayu telah lama mengetahui misai kucing sebagai perawat penyakit gangguan ginjal, batu ginjal, ngilu sendi dan kencing berdarah. Di Eropa, misai kucing telah lama digunakan semenjak abad ke 19 sebagai ubat lawas kencing. Misai kucing dipercayai membantu mengeluarkan toksik dalam tubuh tanpa mendatangkan kesan dehidrasi, sekaligus mempelancarkan peranan ginjal. Daun misai kucing mengandungi kalium dan glikosida orthosifonin yang berfaedah melarutkan asam urat, fosfat dan oksalat dari tubuh. Ia telah terkenal sejakturun temurun untuk merawat masalah buah pinggang dan masalah pundi kencing kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Selain dari itu, ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, arthritis, rheumatik dan mencegah pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan pada wanita.

No comments:
Post a Comment