Monday, 29 April 2013




Sabah Snake Grass / Daun Belalai Gajah


 Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass dikenali oleh kaum cina sebagai herba rawatan bagi buah pinggang. Dalam bahasa cina, dipanggil digelar “Shen Chao” kerana khasiatnya yang bantu membuang racun dari buah pinggang. Kerana itu juga, ada sebahagian masyarakat yang memanggil pokok herba ini sebagai pokok buah pinggang.  Daun Belalai Gajah juga banyak khasiat yang lain.

 Daun Belalai Gajah telah meluas digunakan di serata pelosok asia dalam perubatan tradisional. Di negara Thailand, Daun Belalai Gajah digunakan sebagai bahan ubat anti-inflamasi untuk merawat gigitan serangga beracun. Dalam beberapa kes dan kajian di Thailand,Daun Belalai Gajah juga banyak membantu dalam masalah jangkitan hati dan mengurangkan tindak balas bagi masalah alergi.

 Daun Belalai Gajah mengandungi klorofil yang tinggi. Klorofil adalah pigment hijau yang terdapat pada tumbuhan, suatu elemen yang membolehkan tumbuhan menyerap tenaga/energi dari sinaran matahari dalam proses fotosintesis. Kandungan klorofil dalam  Daun Belalai Gajah sangat membantu proses pembuangan toksid dalam tubuh. 

 Daun Belalai Gajah membantu mengurangkan kesakitan akibat keradangan kerana khasiat nya berupaya membekalkan nutrisi pada sel dan tisu badan. 

Perhatian kepada pesakit kanser dan pesakit yang menghadapai masalah ketumbuhan seperti fibroid. Pengambilan Daun Belalai Gajah secara sistematik setiap hari dan pada jumlah yang betul akan membantu meningkatkan kadar oksigen dalam badan, sekaligus menjadi bahan yang membantu menahan kesakitan dan mengurangkan keradangan pada bahagian berkanser atau denyutan di ketumbuhan. 

Daun Belalai Gajah yang tinggi klorofil juga memberi kebaikan sebagai anti-oksidan, agen pembuangan toksin yang sangat baik, menyuburkan tisu otot dan menguatkan tulang.


Kebaikan 
 Daun Belalai Gajah Pada :
>> Pesakit Kanser

>> Pesakit Masalah Ketumbuhan (Fibroid, Bengkak Kelenjar)
**untuk semua jenis penyakit KANSER

1. Membantu mengurangkan kesakitan dan memulihkan masalah keradangan
2. Membekalkan dan meningkatkan oksige dalam tubuh badan
3. Membantu memulihkan kerosakan sel akibat serangan kanser
4. Membantu mengecutkan ketumbuhan
5. Menyediakan tubuh pada keadaan untuk me-nyah atau membuang sel-sel mati kanser melalui                      
    perkumuhan
6. Menggalakkan pertumbuhan sel baru, terutama dalam kanser paru-paru,


Kebaikan Daun Belalai Gajah Pada :
>> Individu Sihat
>> Lelaki berusia 40 ke atas
>> Wanita berusia 45 ke atas
>> Warga Emas
>> Bekas Pesakit Kanser
>> Perokok
>> Peminum Alkohol/Arak
>> Pesakit Diabetes/Kencing Manis


1. Membantu masalah kolesterol dalam darah
2. Membantu meneutralkan URIC ACID dalam darah
3. Membantu masalah darah cair
4. Membantu masalah Hematoma
5. Melembutkan urat bagi masalah sendi terseliuh atau urat lari/salah urat

6. Agen yang baik bagi masalah rheumatism (masalah sendi)
7. Membantu mengurangkan masalah sembelit berdarah

8. Membantu menstabilkan paras gula dalam darah & terbaik untuk pesakit kencing manis
9. Membantu masalah senggugut pada wanita
10.Membantu masalah sakit kuning (jaundice)
11.Membantu mempercepatkan pemulihan tulang yang retak
12.Membantu mengurangkan kesakitan masalah komplikasi gigi (sakit gigi) & sebagai agen bunuh 
    kuman di mulut. Bancuh dan kumur sebagai amalan
13.Bertindak sebagai agen bunuh radikal bebas dalam darah
14.Mempunyai bahan anti-oksidan yang tinggi
15.Baik sebagai agen kecutkan ulcer mulut (sakit mata ikan)


No comments:

Post a Comment