PEGAGA
Pegaga atau juga dikenali sebagai antanan (bahasa Inggeris:
pennywort / gotu kola), dengan daun hijau bentuk ginjal juga dirujuk sebagai
'Indian pennywort' kerana rupanya yang seakan satu keping duit syiling. Ia
adalah asli di Malaysia, Sri Lanka, India, utara Australia, Indonesia, Iran,
Melanesia, New Guinea dan beberapa bahagian Asia lagi. Nama saintifiknya adalah
Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica
Pokok pegaga terkenal di kebanyakan negara di Asia,
khususnya Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai "Wira Ajaib Hutan Hujan
Tropika".
Ia mudah mengadaptasi dengan persekitaran yang luas, lapang,
panas dan lembab. Pokok ulam pegaga ini boleh ditemui dari Iran di bahagian
barat sehinggakan di Australia di bahagian timur. Ia juga kadang-kala dijumpai
di Afrika Timur dan Timur Madagaskar.
Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh
melata di padang rumput biasa, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di
Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada ialah daun kaki kuda, tikusan, pani
gowang, pegagan.
Saiz diameter daun pegaga sebenarnya kecil sebesar perut ibu
jari tangan. Daunnya seperti semanggi tidak menarik perhatian, dan ia selalu
dianggap tumbuhan penyibuk seperti rumput-rumput kecil oleh kebanyakan orang.
Namun hakikatnya, daun pegaga inilah mempunyai banyak khasiat yang amat menakjubkan.
Daun pegaga boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sup, namun rasanya
sedikit pahit. Daun pegaga mempunyai nilai kualiti yang memberikan kesan
kebaikan kepada kesihatan tubuh badan.
Pegaga disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang terpenting untuk dipulihara dan
ditanam.
KHASIAT
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein,
gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga
dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan
sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk
menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai
tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. [perlu
rujukan] Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya
untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan
gigitan ular.
Antara khasiat lain
·
penawar alahan
·
merawat asthma
·
sesak nafas
·
merawat jangkitan paru-paru
·
merawat kegusaran dan kegigilan
·
anti kanser
·
melawaskan air kencing berdarah
·
merawat cirit-birit dan gastrik
·
menurunkan tekanan darah
Pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya
dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah
perubatan Cina.
Lebih lagi, pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam
memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu dirujuk
sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda.
No comments:
Post a Comment