Tuesday, 30 April 2013
Monday, 29 April 2013
PERIA
Peria atau
nama sainsnya Momordica charantia adalah sejenis sayuran yang pahit rasanya. Di
pasar-pasar kita biasanya dapat melihat dua jenis peria. Ada yang panjang
dengan warna hijau muda dan ada yang kecil saiznya atau digelar ‘peria katak’
yang mempunyai warna hijau tua. Pokok peria mudah didapati di negara-negara
beriklim panas dan khatulistiwa seperti India, Indonesia, Sri Lanka, Malaysia
dan Filipina.
Pokok peria
biasanya tumbuh menjalar seperi pokok timun. Jika diperhatikan sepintas lalu,
ia seakan-akan serupa tetapi yang membezakan adalah daunnya dimana daun peria
agak kecil berbanding timun.
Peria
mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Setiap 100gm peria mengandungi
·
92.4 % lembab
· protein 1.6 %
· lemak 0.2 %
· mineral 0.8 %
·
fiber 0.8 %
· karbohidrat 4.2%
Sejak zaman
purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Doktor dari England
telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka
menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin
untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.
Kaedah yang
paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang di ambil
daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan
boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya,
penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potang peria ataupun
menggunakannya dalam bentuk serbuk
Daunnya pula
sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus
yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di
minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di
hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.
Jika
menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan
lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan
segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi
sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga
boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi
masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.
Walaupun
peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat
kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam
di dalam air garam sebelum di masak. Di India, biji daripada buahnya yang telah
di masak ranum pula di jadikan sebagai bahan perasa.
Khasiat Peria
1. Haus karena panas dalaman, demam, heat
stroke (pengsan kerana kepanasan):
2. Diabetes / Kencing Manis:
3. penyakit darah dan cirit birit
4. cirit-birit:
5. Jangkitan cacing pada kanak-kanak:
6. Menyuburkan rambut yang nipis dan
kemerahan:
7. Bisul, Bengkak Bernanah (Abses):
8. Demam, malaria, sakit berkaitan hati,
sembelit, jangkitan cacing
9. Kencing bernanah:
PEGAGA
Pegaga atau juga dikenali sebagai antanan (bahasa Inggeris:
pennywort / gotu kola), dengan daun hijau bentuk ginjal juga dirujuk sebagai
'Indian pennywort' kerana rupanya yang seakan satu keping duit syiling. Ia
adalah asli di Malaysia, Sri Lanka, India, utara Australia, Indonesia, Iran,
Melanesia, New Guinea dan beberapa bahagian Asia lagi. Nama saintifiknya adalah
Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica
Pokok pegaga terkenal di kebanyakan negara di Asia,
khususnya Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai "Wira Ajaib Hutan Hujan
Tropika".
Ia mudah mengadaptasi dengan persekitaran yang luas, lapang,
panas dan lembab. Pokok ulam pegaga ini boleh ditemui dari Iran di bahagian
barat sehinggakan di Australia di bahagian timur. Ia juga kadang-kala dijumpai
di Afrika Timur dan Timur Madagaskar.
Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh
melata di padang rumput biasa, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di
Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada ialah daun kaki kuda, tikusan, pani
gowang, pegagan.
Saiz diameter daun pegaga sebenarnya kecil sebesar perut ibu
jari tangan. Daunnya seperti semanggi tidak menarik perhatian, dan ia selalu
dianggap tumbuhan penyibuk seperti rumput-rumput kecil oleh kebanyakan orang.
Namun hakikatnya, daun pegaga inilah mempunyai banyak khasiat yang amat menakjubkan.
Daun pegaga boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sup, namun rasanya
sedikit pahit. Daun pegaga mempunyai nilai kualiti yang memberikan kesan
kebaikan kepada kesihatan tubuh badan.
Pegaga disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang terpenting untuk dipulihara dan
ditanam.
KHASIAT
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein,
gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga
dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan
sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk
menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai
tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. [perlu
rujukan] Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya
untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan
gigitan ular.
Antara khasiat lain
·
penawar alahan
·
merawat asthma
·
sesak nafas
·
merawat jangkitan paru-paru
·
merawat kegusaran dan kegigilan
·
anti kanser
·
melawaskan air kencing berdarah
·
merawat cirit-birit dan gastrik
·
menurunkan tekanan darah
Pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya
dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah
perubatan Cina.
Lebih lagi, pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam
memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu dirujuk
sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda.
Misai Kucing dari keluarga Lamiaceae / Labiatae
Nama Lain: Remujung (Jawa), Songot Koceng (Madura), Remukjung, kumis ucing (Sunda), Orthosiphon stameneus benth, sinonim orthosiphon aristatus,Orthosiphon blaetter, (Latin), Cat whiskers, javaten, India kidney tea (Inggris), balbas-pusa, kablinggubat (Tagalog), Mao xucao (Cina). Indisher Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea danYoaNuat Moeo.
Kegunaan: Ubatan, kadang kala digunakan sebagai penghias pekarangan rumah dan taman.
Bahagian kegunaan herba: Daun dan keseluruhan bahagian tanaman
Kesan herba: Misai kucing membantu pengeluaran cairan melalui air seni (diuretic), diuretiknya (peluruh bendalir) yang selamat tanpa menjejaskan ginjal (buah pinggang), anti-radang, menghancurkan batu disaluran kencing, meredakan kepanasan dalaman. Tidak seperti kebanyakan ubatan-ubatan diuretik moden (diuretic drugs) yang memberi kesan sampingan kepada ginjal, ia mengandungi potassium yang mencukupi untuk menggantikan yang hilang dari tubuh semasa proses diuretik. DaunMisai Kucing telah lama digunakan sebagai herba diuretik yang selamat dan berkesan. Diuretik bermakna proses membuang air dari dalam badan.
Penerangan: Orang Melayu telah lama mengetahui misai kucing sebagai perawat penyakit gangguan ginjal, batu ginjal, ngilu sendi dan kencing berdarah. Di Eropa, misai kucing telah lama digunakan semenjak abad ke 19 sebagai ubat lawas kencing. Misai kucing dipercayai membantu mengeluarkan toksik dalam tubuh tanpa mendatangkan kesan dehidrasi, sekaligus mempelancarkan peranan ginjal. Daun misai kucing mengandungi kalium dan glikosida orthosifonin yang berfaedah melarutkan asam urat, fosfat dan oksalat dari tubuh. Ia telah terkenal sejakturun temurun untuk merawat masalah buah pinggang dan masalah pundi kencing kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Selain dari itu, ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, arthritis, rheumatik dan mencegah pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan pada wanita.
Penerangan: Orang Melayu telah lama mengetahui misai kucing sebagai perawat penyakit gangguan ginjal, batu ginjal, ngilu sendi dan kencing berdarah. Di Eropa, misai kucing telah lama digunakan semenjak abad ke 19 sebagai ubat lawas kencing. Misai kucing dipercayai membantu mengeluarkan toksik dalam tubuh tanpa mendatangkan kesan dehidrasi, sekaligus mempelancarkan peranan ginjal. Daun misai kucing mengandungi kalium dan glikosida orthosifonin yang berfaedah melarutkan asam urat, fosfat dan oksalat dari tubuh. Ia telah terkenal sejakturun temurun untuk merawat masalah buah pinggang dan masalah pundi kencing kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Selain dari itu, ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, arthritis, rheumatik dan mencegah pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan pada wanita.
Sabah Snake Grass / Daun Belalai Gajah
Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass dikenali oleh kaum cina sebagai herba rawatan bagi buah pinggang. Dalam bahasa cina, dipanggil digelar “Shen Chao” kerana khasiatnya yang bantu membuang racun dari buah pinggang. Kerana itu juga, ada sebahagian masyarakat yang memanggil pokok herba ini sebagai pokok buah pinggang. Daun Belalai Gajah juga banyak khasiat yang lain.
Daun Belalai Gajah telah meluas digunakan di serata pelosok asia dalam perubatan tradisional. Di negara Thailand, Daun Belalai Gajah digunakan sebagai bahan ubat anti-inflamasi untuk merawat gigitan serangga beracun. Dalam beberapa kes dan kajian di Thailand,Daun Belalai Gajah juga banyak membantu dalam masalah jangkitan hati dan mengurangkan tindak balas bagi masalah alergi.
Daun Belalai Gajah mengandungi klorofil yang tinggi. Klorofil adalah pigment hijau yang terdapat pada tumbuhan, suatu elemen yang membolehkan tumbuhan menyerap tenaga/energi dari sinaran matahari dalam proses fotosintesis. Kandungan klorofil dalam Daun Belalai Gajah sangat membantu proses pembuangan toksid dalam tubuh.
Daun Belalai Gajah membantu mengurangkan kesakitan akibat keradangan kerana khasiat nya berupaya membekalkan nutrisi pada sel dan tisu badan.
Perhatian kepada pesakit kanser dan pesakit yang menghadapai masalah ketumbuhan seperti fibroid. Pengambilan Daun Belalai Gajah secara sistematik setiap hari dan pada jumlah yang betul akan membantu meningkatkan kadar oksigen dalam badan, sekaligus menjadi bahan yang membantu menahan kesakitan dan mengurangkan keradangan pada bahagian berkanser atau denyutan di ketumbuhan.
Daun Belalai Gajah yang tinggi klorofil juga memberi kebaikan sebagai anti-oksidan, agen pembuangan toksin yang sangat baik, menyuburkan tisu otot dan menguatkan tulang.
Kebaikan Daun Belalai Gajah Pada :
>> Pesakit Kanser
>> Pesakit Masalah Ketumbuhan (Fibroid, Bengkak Kelenjar)
**untuk semua jenis penyakit KANSER
1. Membantu mengurangkan kesakitan dan memulihkan masalah keradangan
1. Membantu mengurangkan kesakitan dan memulihkan masalah keradangan
2. Membekalkan dan meningkatkan oksige dalam tubuh badan
3. Membantu memulihkan kerosakan sel akibat serangan kanser
4. Membantu mengecutkan ketumbuhan
5. Menyediakan tubuh pada keadaan untuk me-nyah atau membuang sel-sel mati kanser melalui
perkumuhan
6. Menggalakkan pertumbuhan sel baru, terutama dalam kanser paru-paru,
Kebaikan Daun Belalai Gajah Pada :
Kebaikan Daun Belalai Gajah Pada :
>> Individu Sihat
>> Lelaki berusia 40 ke atas
>> Wanita berusia 45 ke atas
>> Warga Emas
>> Bekas Pesakit Kanser
>> Perokok
>> Peminum Alkohol/Arak
>> Pesakit Diabetes/Kencing Manis
1. Membantu masalah kolesterol dalam darah
2. Membantu meneutralkan URIC ACID dalam darah
3. Membantu masalah darah cair
4. Membantu masalah Hematoma
5. Melembutkan urat bagi masalah sendi terseliuh atau urat lari/salah urat
6. Agen yang baik bagi masalah rheumatism (masalah sendi)
7. Membantu mengurangkan masalah sembelit berdarah
8. Membantu menstabilkan paras gula dalam darah & terbaik untuk pesakit kencing manis
9. Membantu masalah senggugut pada wanita
>> Lelaki berusia 40 ke atas
>> Wanita berusia 45 ke atas
>> Warga Emas
>> Bekas Pesakit Kanser
>> Perokok
>> Peminum Alkohol/Arak
>> Pesakit Diabetes/Kencing Manis
1. Membantu masalah kolesterol dalam darah
2. Membantu meneutralkan URIC ACID dalam darah
3. Membantu masalah darah cair
4. Membantu masalah Hematoma
5. Melembutkan urat bagi masalah sendi terseliuh atau urat lari/salah urat
6. Agen yang baik bagi masalah rheumatism (masalah sendi)
7. Membantu mengurangkan masalah sembelit berdarah
8. Membantu menstabilkan paras gula dalam darah & terbaik untuk pesakit kencing manis
9. Membantu masalah senggugut pada wanita
10.Membantu masalah sakit kuning (jaundice)
11.Membantu mempercepatkan pemulihan tulang yang retak
12.Membantu mengurangkan kesakitan masalah komplikasi gigi (sakit gigi) & sebagai agen bunuh
11.Membantu mempercepatkan pemulihan tulang yang retak
12.Membantu mengurangkan kesakitan masalah komplikasi gigi (sakit gigi) & sebagai agen bunuh
kuman di mulut. Bancuh dan kumur sebagai amalan
13.Bertindak sebagai agen bunuh radikal bebas dalam darah
14.Mempunyai bahan anti-oksidan yang tinggi
15.Baik sebagai agen kecutkan ulcer mulut (sakit mata ikan)
13.Bertindak sebagai agen bunuh radikal bebas dalam darah
14.Mempunyai bahan anti-oksidan yang tinggi
15.Baik sebagai agen kecutkan ulcer mulut (sakit mata ikan)
PERIHAL POKOK ROSELLE
Roselle, merupakan satu tumbuhan herba semulajadi - mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, dianggar pada 280mg pada setiap 100gm kaliks Roselle yang telah dikeringkan. Ini menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada Roselle berbanding dengan buah kismis hitam. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg Kalsium, jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3. Ia juga mengandungi anthocyanine (antioksidan). KEGUNAAN ROSELLE DALAM DUNIA PERUBATAN
Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya dengan anti oksidan).
Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.
Khasiat Roselle
CARA PENCEGAHAN PENYAKIT MENJADI LEBIH MUDAH, MURAH DAN SEDAP!!!HANYA DENGAN MINUMAN ROSELLE YANG SEDAP DAN BERKHASIAT!! ROSELLE SATU MINUMAN YANG SEDAP DARI SIRAP(KOSONG DAN HANYA MENGANDUNGI PEWARNA)!!MULAKAN GAYA HIDUP SIHAT DAN BIJAK SEKARANG!! ROSELLE terbukti kaya dengan anti oksida untuk: * Menyegar & mengembalikan tenaga
* Menghilangkan selsema & sakit tekak
* Meredakan batuk & mencairkan kahak
* Menyihatkan & mencerdaskan minda
* Mengurangkan stress & sukar tidur
* Mencegah kanser & penyakit kronik
* Menstabilkan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan daya tahan tubuh
* Membantu proses pencernaan
* Mencantikkan kulit & awet muda
* Mengurangkan kolesterol yang berlebihan NUTRISI ROSELLE
Kandungan Rozel:
Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.
Thursday, 18 April 2013
Stevia Rabaudiana merupakan spesis pokok herba daripada keluarga bumi matahari dan sangat sesuai sebagai penghias penutup bumi. Pokok stevia berasal dari Amerika Selatan. Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana kemanisannya yang setanding gula. Ia juga turut dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb. Rasa manis pada daun stevia disebabkan kandungan bahan aktif stevioside dan juga rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi sehingga 200 celsius dan mempunyai p.H yang stabil.
Kajian Mengenai Stevia
Ekstrak stevia dikatakan 200 – 400 kali (mengikut gred) lebih manis dari gula biasa Tetapi apa yang unik mengenai pemanis semulajadi yang berasaskan Stevia ini ialah ia Sifar kalori, Sifar lemak, Sifar kolestrol, Sifar protein, Sifar toksid, Sifar glukos dan Sifar karbohidrat.
Hasil kajian menjelaskan bahawa 1 gelas gula biasa bersamaan dengan 1 sudu ekstrak stevia dan 10gm ekstrak stevia boleh memaniskan kira-kira 400-750 gelas air (mengikut gred).Para saintis merumuskan stevia yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan gula dalam badan. Memandangkan stevia tidak menghasilkan glukos maka ekstrak ini mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes.
Pengkaji di Brazil pula mengatakan bahawa sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh kelat. Pengambilan stevia yang konsisten dan kerap dalam menggantikan gula tidak memudaratkan memandangkan sifat daun stevia yang Sifar segalanya.
Kajian juga menunjukkan bahawa stevia mampu melambatkan penurunan tindakbalas vitamin-vitamin penting dalam badan.
Pemanis semulajadi, 300 kali ganda lebih manis dari gula tebu
Mengawal paras gula dalam darah
Mengawal tekanan darah dan berat badan
Memgurangkan Hiperlipidemia
Menyingkirkan toksin badan
Karbohidrat
Kolestrol
Kalori
Glukosa
Lemak
Wednesday, 17 April 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)